Monday, November 1, 2010

.a.p.a. .a.d.a. .d.i.s.e.b.a.l.i.k. .m.i.m.p.i.?.?.?

 dua mimpi

baru beberapa jam aku mimpi sesuatu
aku difitnah mengadu kejahatan seseorang
keluarga orang yang difitnah serta orang kampung datang serbu rumahku
aku membuat penjelasan tapi hanya sesetengah penduduk kampung percaya
orang yang membuat jahat itu cuba menikam aku dengan pisau
aku bersiap sedia dengan keris
lepas itu ayahku menelefonku
bertanya apa yang aku ingin dia beli
aku jawab 'roti canai bawang'
ada di antara orang kampung meminta maaf denganku di atas fitnah tersebut
oleh kerana fitnah itu juga aku harus melarikan diri menaiki bot semasa hujan
sebelum menaiki bot aku dapat melihat mata2 orang kampung yang ingin menjahati aku
aku semakin takut
sehingga tergesa gesa
aku mendahului menaiki bot itu
diikuti kakakku
dan tiba2 mak aku sudah ada didalam bot
aku berharap agar bot itu cepat berlepas
dan bila ia memulakan perjalanan aku teringat akan ayahku
aku menangis di pangkuan mak aku
sambil memanggil "ayoohhh!!!!"
selepas aku sedar dari mimpi aku terus menangis
apakah tanda itu???
pelik ye mimpi itu
tiada mimpi yang indah seperti orang bicarakan



dan sebelum mimpi ini aku pernah mimpikan ular...apakah petandanya??
aku tidak mahu percaya dengan kaitan mimpi dan kehidupan
aku cuma ingin sedikit pengetahuan......

p/s:setelah sekian lam tidak update blog, aku kembali dengan cerita mimpi....sila tunggu cerita seterusnya dari aku iaitu "kepuasan result exam dengan usahaku" pada 2 november 2010 malam....<3

No comments:

Post a Comment