Friday, September 10, 2010

W.A.N.I.T.A. .p.e.r.e.m.p.u.a.n. .G.A.D.I.S.

aku nak kongsi mesej2 yang aku pernah dapat dari sahabat2 aku

mesej pertama
seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman segar mewangi di pelusuk dunia
setulus kasih sesuci embum
lembut wanita kerana tutur katanya
mesra wanita jerana senyumannya
cekal wanita kerana beraninya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana air matanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
 
mesej kedua
kegagumamku terhadap sabda ini ingin sekali dikongsi dengan temanku disayangi
"barang siapa yang jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya, lalu mati. maka matinya itu adalah mati syahid.."sabda Rasulullah S.A.W.

mesej ketiga
wanita solehah
dipandang dari akhlaknya
dinilai dari kesabarannya
diperhati dari kesetiannya
ditinjau dari sifat keibuannya
Allah diagungkan melalui solatnya
puasa menjadi tradisinya
Al-Quran menjadi hiburannya
jihad menjadi gelanggangnya
wanita yang baik tidak akan diubah oleh arus dunia tapi dia yang akan mengubah dunia dengan IMAN dan AKHLAKnya...

mesej keempat
ya ukhti
andai hidup tak dihadiri lelaki
tak bermaksud diri tak diingini
usah khuatir kerana cinta Allah itu pasti
Allah memelihara hati dan jiwa daripada dikecewakan dan didatangi penyakit(riak)
wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah
atau Allah sedang menguji dengan penyakit hati
dekatkan diri pada Ilahi
pasti cinta kau temui
usah diharap cinta insan yang kau sendiri tak pasti
diamkan lelaki yang kau sukai
berdoa pada Ilahi, insyaAllah kau pasti dicari
jagalah hubungan dengan Allah
kerana Allah pasti akan menjagamu

mesej kelima
tika wajah penat memikirkan dunia
maka berwuduklah
tika letih menggapai cita2
maka serulah AllahuAkbar!!
tika bahu tiada kuasa memikul amanah
maka bersujudlah
ikhlaskan semuanya dan dekati Allah
moga kita tunduk disaat yang lain angkuh
moga kita tegar disaat yang lain masih terhampar
insyaAllah

mesej keenam
yang dilihat dan diukutNYA bukan sejauh mana usahamu
tapi yang diharap sejauh mana tawakal
percaya nan jitu
pergantunganmu padaNYA
tapi tak bermakna tidak perlu berusaha
usahalah semampumu
tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan
tetapi berimanlah bahawa tawakalmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA
itulah penentu kejayaanmu
kejayaan bukan milik sesiapa
tetapi adalah milik Allah S.W.T.
jadi
seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata

mesej ketujuh
wanita umpama angin
lembutnya melenakan
ributnya mengusarkan
adakalanya mereka seperti ibu
menghidangkan sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanja
adakalanya mereka umpama nenek
berleter seadanya, merungut semahunya
sekeping hati wanita penuh dengan kemaafan dan kasih sayang
itulah hati wanita

jika dihayati nescaya kita akan fahami, post ini juga boleh dibaca lelaki sebagai pengetahuan....semakin banyak kita menuntut semakin kita merasakan diri ini jahil disisiNYA....

No comments:

Post a Comment