Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan Elektrik. Setelah lima tahun setengah aku berhempas pulas belajar. Dalam hati terdetik 'ayah saya dah dapat apa yang ayah harapkan, mak saya minta maaf sebab saya meneruskan belajar engineering tapi sekarang saya dah berjaya, walau mak nak saya jadi cikgu saya tetap berdegil'.
Aku mendapat jambangan bunga ros pink kegemaranku dari keluargaku serta sejambak coklat ferrero rocher dari kawan rapat aku Akram. Terasa hari ini sungguh bahagia. Sebulan kemudian aku telah mendapat jawatan sebagai jurutera elektrik di Tenaga Nasional Berhad Kuantan, Pahang. Sekali lagi aku mengucap syukur pada Ilahi walaupun kerja yang aku dapat hanyalah kontrak dua tahun dan seandainya prestasi aku baik, aku pasti mendapat kerja tetap disini.
Setelah aku mendapat jawatan jurutera elektrik tetap di TNB, aku terus berusaha mencari rezeki disitu sehinngalah aku berumur 28tahun. Di usia itu sepatutnya aku sudah bersuami tapi jodoh aku belum sampai, ibu di kampung sudah bertanya beberapa kali soal perkahwinan. Aku hanya menyerah kepada ibuku. Tidak lama kemudian aku dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang daripanya Akram, kawan rapat aku di universiti yang kini sudah bekerja di sebuah syarikat terkenal di ibu kota bawah naungan Sime Darby. Hebat betul kawan aku seorang itu, tapi dikepala pening memikirkan kenapa si dia meminangku. Dia adalah lelaki yang baik, ada disaat aku susah, bantu disaat aku buntu, temani disaat aku sunyi, tersenyum disaat aku sedih, marah disaat aku malas. Hati wanita mana tidak tersentuh dengannya, hati kecilku pernah tertarik dengan suatu masa dahulu. Manakala seorang lagi seorang pensyarah psikologi di Universiti Islam Antarabangsa, namanya Iskandar Zulkarnain. Dia merupakan anak kawan ayahku, dahulunya pernah menuntut di universiti di Mesir. Orangnya bersih wajahnya.
Semalaman aku tidak dapat tidur kerana memikirkan hal ini, aku mana ada pengalaman bercinta. Siapa akan dipilihku? Aku ingin sahaja memilih Akram kerana aku sudah tahu hati budinya tapi ini tidak adil bagi Iskandar anak kawan ayah itu. Pada malam itu juga aku menunaikan solat istikharah, akhirnya lena tidurku setelah selesai solat. Di subuh hari aku bangun dari tidurku, tiba2 hati mengatakan Iskandar pilihanku. Adakah kerana dia kuat agama? tetapi Akram juga bukanlah orang yang jahil dalam agama, banyak yang dia tahu. Tapi aku belum memutuskan siapa bakal suamiku.
Hati berdebar2, hari ni hari perkahwinanku. Tapi dalam hati masih tidak pasti keputusanku, kerana ada yang sudah terluka. Aku terpaksa menolak, takkan aku bersuami dua. 'Ya Allah, benarkanlah pilihan hatiku ini, jangan biar ada rasa ragu2 dalam diri ini, ikhlaskanlah hati ini menerima si dia'. "saya terima nikahnya Nur Raudhahtul Jannah binti Abdullah Khalid dengan mas kahwin 80 ringgit tunai". Amin ya rabbal alamin. Lantas air mataku mengalir tanpa dipinta. Kenapa aku menangis? gembirakah aku? sedihkahku?. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setelah diijab kabulkan, si dia mengimankan solat hajat. Inilah permintaanku, sebelum upacara pembatalan air sembahyang aku ingin si dia mengimankan solatku dan juga tetamu yang hadir.
Usai sudah kenduri walimatul urus, kami hanya membuat kenduri kecil kecilan. Hanya dihadiri kaum keluarga, sahabat handai dan juga teman teman rapat. Hari yang agak memenatkan tapi mengembirakan. Bahagia rasanya suami dapat menyesuaikan diri dengan keluargaku. Iskandar memang pandai mengambil hati keluargaku, aku tidak pernah menyesal memilihnya. Tapi Akram sudah lama menghilangkan diri, kata sahabatku Ainul Raihan dia sudah lama menghilangkan setelah aku menolak pinangannya. Kecil hatikah dia denganku?. Dia boleh mencari wanita lebih baik dariku, bukan dia tiada kelebihan.
Empat bulan perkahwinanku, aku mendapat berita bahawa Akram sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa menyelamatkan seorang kanak kanak yang melintas jalan. 'Ya Allah tabahkan hati keluarga Akram, Ya Allah sudah terjawab kenapa hati ini kuat memilih Iskandar'. Mungkin jodohku memang dengan Iskandar, tapi selama mana jodoh ini hanya Allah yang tahu dan aku mengharapkan ia sehingga akhir hayatku.
Semasa aku dan Iskandar menziarahi keluarga Akram, ibu Akram memberi sebuah kotak yang berwarna ungu.
Setelah beberapa hari baru aku melihat isi kandungan kotak itu. Terkedu aku melihat sebentuk cincin idamanku pada suatu masa dahulu sebelum aku tamat belajar, hanya Akram yang tahu tentang ini. Aku mengeluarkan gambar2 yang tidak pernah aku lihat, gambar yang diambil curi oleh Akram rupanya. Dia memang suka mengambil gambar yang unik tapi kenapa gambar aku?. Lantas aku mengeluarkan sebuah diari berwarna coklat, diari buatan sendiri. 'Yang Terindah Pernah Aku kenali' tertulis pada muka depan diari tersebut. Aku membaca diari itu dari mula hingga akhir. Air mata laju mengalir laju tanpa aku sedari apabila membaca bahagian yang ditulis arwah beberapa hari sebelum pemergiannya.
12.47a.m.
'Ya Allah, maafkan hambamu ini keran terlalu merindui Jannah. Aku tidak sepatutnya merindui isteri orang Ya Allah. Ya Allah, kenapa aku dapat merasakan aku akan meninggalkan dia beberapa hari lagi. Ya Allah aku menerima dia bukan jodohku tapi izinkan aku bercakap dengannya buat kali terakhir.'...Kenapa Jannah tidak mengangkat panggilan telefonku, sibuk benarkah dia? aku cuma ingin mengatakan apa yang terbuku selama beberapa tahun ini..."she can deal with stress and carry heavy burdens. she smiles when she feel like screaming and she sings when she feel like crying. she cry when she happy and laugh when she afraid. her love is unconditional . there is only one thing wrong with her, she forget what she worth. she smiles when i get angry, she care when i need someone, she do love me when my girlfriend hurt me, she always there for me when everyone blame, she choose the right one because i cant be there for her for the rest of her life. She always in my heart after Allah and Rasulullah.".
'Maafkan aku Akram kerana mengecewakanmu, andai kau meluahkannya lebih awal mungkin kita ada jodoh tapi jodoh aku lebih kuat dengan Iskandar', hati kecilku berbisik. Aku lantas menyimpan semula diari itu kedalam kotak dan membungkus kotak itu dengan rapi. Aku mengepos kotak itu ke rumah kakakku, kakak aku sudah tahu isi kotak itu. Aku cuma mengelakkan suami aku kecil hati denganku kalau menjumpai kotak itu.
Setahun selepas pemergian Akram, aku akhirnya melahirkan seorang anak lelaki. Sayu hati bila mendengar sang suami mengalunkan azan di telinga anak kami, merdu sungguh suara suamiku. 'Ahmad Rayyan Fahim', itulah nama anak aku dan Iskandar, nama yang diberikan oleh ayah mertuaku. Aku mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dengan alasan ingin menumpukan selurh perhatian pada keluarga tapi aku ada sebab tersendiri.
Rayyan Fahim semakin membesar, dia sudah berusia lima tahun. Kami meghantarnya di Pasti As-Salam. Aku menghantarnya ke pasti kerana menginkan dia belajar agama daripada kecil. Tapi kebelakangan ini Iskandar sudah semakin berubah, telefon bimbitnya selalu ditangan. Jika ada yang menelefon, aku dilarang untuk mengangkatnya. 'Ya Allah ampuni aku kerana bersyak wasangka dengan suamiku, tapi aku seorang hamba yang kekurangan punyai perasaan cemburu'.
Pada malam ulangtahun perkahwinan kali ke7, Iskandar tidak mengingati hari bermakna itu. Aku tahu dia sibuk tapi dia tidak pernah begini. Pada malam itu juga dia menyatakan sesuatu yang membuatkan hati aku dihiris sembilu. Kata kata Iskandar masih terngiang ngiang akan perucapannya sehingga tidak dapat tidur. "abang ingin kahwin Raudhah, mungkin masa terdekat ini, abang minta izin awak. Raudhah abang mampu untuk berpoligami, abang yakin". Aku tidak berkata2, lidah terasa kelu.
Orang yang bakal menjadi maduku ialah salah seorang pelajar Iskandar, cantik orangnya, teguh agamanya, berketurunan kacukan arab-melayu, merupakan anak orang kuat agama, juga lemah lembut orangnya, berumur 23tahun. 'Ya Allah andai sudah tersurat di loh mahfuz aku harus dimadukan aku terima dengan redha, tapi jauh disudut hatiku aku tidak ingin berkongsi, maafkan aku Ya Allah kija hati ini melawan takdirmu, aku tidak rela dimadukan, andai ada salahku akan aku perbaiki diri ini'.
Aku berfikir panjang akan hal ini, dan aku mengambil keputusan yang berat, aku ingin berpisah sementara dengan Iskandar. Tapi aku tidak membawa anakku Rayyan Fahim bersama, aku menghantarnya kerumah mertuaku. Aku pergi membawa diri tanpa pengetahuan Iskandar tapi aku meninggalkan sepucuk surat meminta izin.
Kehadapan suami yang dicintai dunia dan akhirat,
Abang, raudhah menulis warkah ini adalah untuk meminta izin abang berpisah sementara bukan untuk bercerai. Raudhah perlu masa untuk menerima orang baru dalam hidup kita, jujur jauh di sudut hati Raudhah tidak redha dengan semua ini, tapi apa hak Raudhah untuk melawan takdir Allah. Raudhah sedar Raudhah bukan isteri yang sempurna, Raudhah pernah curang dengan abang. Abang, sebab sebenar Raudhah berhenti kerja adalah kerana Raudhah tidak mahu curang dengan abang. Kerja Raudhah tidak semudah yang abang sangka, tiap tiap hari Raudhah harus berhadapan dengan ramai lelaki yang tampan. Hati wanita mana tidak terdetik untuk memuji ketampanan seorang lelaki yang benar2 tampan. Abang andai hati Raudhah terdetik memuji ketampanan lelaki orang yang bukan suaminya, itu berdosa abang. Raudhah taknak berdosa pada suami kerana syurga Raudhah terletak dibawah tapak kaki suami. Iskandar suamiku, aku pernah curang denganmu. Raudhah juga nak abang tau kenapa Raudhah pilih abang dan bukan Akram. Ini kerana abang seorang pensyarah psikologi dan Akram seorang jurutera. Seorang yang pakar dalam psikologi lebih memahami perasaan dan boleh menerima kekurangan orang di sekeliling dan bijak menguruskan orang, juga mudah untuk menyelesaikan masalah perasaan tapi seseorang jurutera sangat sibuk dan susah memahami perasaan orang kerana banyak memikirkan kerja. Selepas Akram meninggal Raudhah lebih yakin jodoh dengan abang, jika Raudhah memilih Akram sudah pasti Raudhah menjadi balu di usia yang begitu muda. Dan Raudhah meredhai perkahwinan ini tapi izinkan Raudhah untuk bersedia untuk menerima orang baru itu. Raudhah isteri yang serba kekurangan, Raudhah nak memperbaiki diri ini sementara abang ingin bernikah lagi. Abang cuma Raudhah nak abang tau bermula Raudhah pilih abang sebagai suami sampai sekarang Raudhah tak pernah menyesal walau sesaat pon. Raudhah dapat rasa jodoh kita kuat sebab tu Raudhah boleh kuat menerima takdir ini. Abang jaga diri baik baik selama pemergian Raudhah. Cinta Raudhah terhadap abang tak pernah berkurang malah makin bertambah kuat selepas dugaan ini.
Salam peluk cium untuk suami dan anakku Rayyan Fahim.=)
Setelah seminggu aku berjauhan dengan Iskandar, hati masih ada lukanya. Entah bila akan sembuh. Lenaku dikejutkan oleh deringan telefon yang mebingitkan keheningan malam, mak mertuaku menelefon. Apakah yang berlaku sampai mak telefon pada jam 3pagi. Aku menekan punat merah dalam keadaan tidak percaya. Iskandar dan bakal maduku Khaleeda Tasnim kemalangan semasa Iskandar ingin menghantar Tasnim pulang selepas pulang dari membeli barang persiapan perkahwinan. Tasnim telah meninggal dunia di tempat kejadian, Iskandar cedera parah.
Aku bergegas ke hospital, sesampai disana mertuaku, adik beradik iparku masih menunggu diluar bilik ICU. Aku lantas memeluk erat anakku Rayyan Fahim yang kelihatan mengantuk, barangkali mak belum memberitunya.
Selama seminggu aku berulang alik ke hospital, akhirnya Iskandar sedar dari koma. Disaat dia sedar aku tidur di kerusi. Terasa kepala disentuh, aku lantas bangun. "Alhamdulillah Ya Allah, abang dah sedar" hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. "Raudhah, betul kata Raudhah jodoh kita kuat. Semasa abang kemalangan, abang hanya ingat Allah dan hanya Raudhah dan anak kita muncul difikiran abang. Raudhah, you live inside of me, you make me feel like a great husband, you still there for me even you get hurt, you still can smile when i want to marry Tasnim, you are my weakness. Every night after i told you about the marriage, i always got nightmare, you feel like crying, abang minta maaf atas segala dosa abang pada Raudhah. Abang pernah suka ramai perempuan termasuk Tasnim, tapi abang sedar abang cinta Raudhah seorang je. I know that deep in my heart, I feel so blessed when I think of you, and I ask Allah to bless all we do, you`re my wife and my friend and my strength, and I pray we`re together eternally, now I find myself so strong, everything changed when you came along but i was blind because i think i was great. Theres a couple word I want to say, for the rest of my life I will be with you I will stay by your side honest and true. Till the end of my time I will be loving you and loving you for the rest of my life through days and night. I always thank Allah for open my eyes now and forever I will be there for you. Thank for making my life so meaningful and always smile to make me feel releive. I love the way you are when I first knowing you, you have inner beauty that people cant see.". Aku hanya mampu menangis mendengar ayat ayat yang keluar dari mulutnya. Dahiku terasa hangat dicium oleh suami tercinta dan berharga yang Allah kurniakan.
p/s: penulisan pertama yang entah apa apa...andai ada sebarang kesilapan mohon ditegur..cerita ini ditujukan untuk kawan2 dan juga yang membaca hasil blog saya...=)